Selasa, 22 Ogos 2017 | 9:32pm
PEMAIN Pasukan Polo Brunei, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah (kiri) dan Putera Abdul Mateen Bolkiah (kanan) ketika menentang Malaysia pada Sukan SEA KL2017 di Taman Equestrian Putrajaya Presint 5 hari ini. 
- Foto BERNAMA

Puteri Azemah, Putera Abdul Mateen jadi tumpuan peminat polo

PUTRAJAYA: Penyertaan Puteri Azemah Ni'matul dan Putera Abdul Mateen Bolkiah, dalam perlawanan pembukaan acara polo sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menjadi pendorong utama ribuan penonton tempatan menyerbu Pusat Equestarian Putrajaya di sini, petang tadi.

Oleh itu tidak hairan jika beribu-ribu peminta kerabat diraja Brunei dan sukan polo mula membanjiri kawasan berkenaan seawal jam 3 petang biarpun perlawanan epik terbabit hanya bermula jam 4 petang.

Tujuan utama mereka datang bukanlah untuk menyaksikan perlawanan polo semata-mata sebaliknya adalah bagi melihat dengan lebih dekat ketampanan Putera dan Puteri Sultan Brunei terbabit.

Mereka juga mengambil kesempatan itu untuk merakam gambar kedua-dua anak Sultan Brunei terutama Putera Mateen yang mempunyai jutaan peminat dan pengikut di laman sosial.

PEMAIN Polo Malaysia, Shaik Reismann Mohamed Ismail (kanan) diasak pemain Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda, Abdul Mateen Bolkiah (kiri) pada acara Polo pada Sukan Sea KK2017 di Equestrian Park, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KHAIRY JAMALUDDIN Abu Bakar (kiri) diasak pemain Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Azemah Ni"Matul Bolkiah di Equestrian Park, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KHAIRY JAMALUDDIN Abu Bakar (kiri) diasak pemain Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Azemah Ni"Matul Bolkiah di Equestrian Park, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Perkara itu turut diakui sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terkejut dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan itu.

"Hari ini adalah perlawanan selebriti kerana kehadiran Putera Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah yang amat baik dan mesra rakyat. 

"Saya amat terkejut dengan kehadiran ribuan penonton kerana sebelum ini saya pernah bermain di final Kejohanan Polo Terbuka Malaysia tetapi ia tidak seramai ini," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X