Khamis, 24 Ogos 2017 | 12:34pm

KL2017: Taqiyuddin-Rosli menang emas dari gelanggang silat

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia meraih pingat emas acara ganda putera dalam sukan silat menerusi Taqiyuddin Hamid dan Rosli Sharif pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, sebentar tadi.

Gandingan Taqiyuddin-Rosli memastikan kemenangan negara selepas menghimpun 582 mata, bagi mengenepikan cabaran wakil Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 554 mata.

638 dibaca
ATLET Pencak Silat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid (kanan) dan Rosli Mohd Sharif beraksi pada acara Pencak Silat Seni (Artistic) Ganda Final di Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Berita Harian X