Isnin, 28 Ogos 2017 | 12:31pm
 ATLET gimnas negara, Izzah Amzan sumbang pingat emas ke 98 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhd Zaaba Zakeria
ATLET gimnas negara, Izzah Amzan sumbang pingat emas ke 98 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KL2017: Siapa atlet menang pingat emas ke-100 Malaysia?

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia kini hanya kekurangan dua pingat emas lagi bagi mencapai angka 100 pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), ketika temasya berbaki dua hari lagi.

Siapakah atlet bertuah yang bakal menempa nama sebagai pemenang pingat emas ke-100 negara itu?

Sehingga jam 11.26 pagi tadi, pingat emas 98 negara berjaya dimenangi oleh atlet gimrama, Izzah Amzan menerusi acara bola di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Sehingga semalam, kontinjen negara berjaya menghimpunkan 96 emas untuk terus selesa mendahului senarai pungutan pingat KL2017.

Berita Harian X