Isnin, 28 Ogos 2017 | 5:36pm
GIMNAS negara (dari kanan), Amira Sofiya, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia meraikan kemenangan dalam acara aparatus campuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto BERNAMA

Gimrama sapu bersih semua pingat emas

KUALA LUMPUR: Empat emas aparatus individu dan satu emas dalam acara berpasukan aparatus campuran menyaksikan kem gimrama negara menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan untuk muncul juara keseluruhan acara itu pada temasya Sukan SEA 2017 ini.

Paling membanggakan emas ke-100 negara dihadiahkan gimnas, Amy Kwan Dict Wen dalam aparatus riben.

Selain Amy, turut cemerlang adalah Koi Sei Yan yang menyumbangkan empat emas iaitu dua dalam acara aparatus gelung dan belantan, selain emas berpasukan dan emas individu keseluruhan.

GIMNAS negara beraksi dalam acara berpasukan aparatus campuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto BERNAMA
GIMNAS negara beraksi dalam acara berpasukan aparatus campuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto BERNAMA

Turut berada dalam senarai penyumbang emas adalah Izzah Amzan yang menyumbangkan emas dalam acara belantan.

Terdahulu dalam acara aparatus individu akhir yang menawarkan empat emas, atlet negara beraksi cemerlang apabila menamatkan saingan satu-dua dalam kesemua acara iaitu gelung, bola, belantan dan riben.

Bagi Amy Kwan, atlet paling senior dalam skuad negara, kejayaannya hari ini adalah sesuatu yang menggembirakan buat dirinya mengubati kekecewaan dua tahun lalu kerana terpaksa melupakan hasrat mewakili negara berikutan dibelenggu kecederaan.

GIMNAS negara, Amy Kwan Dict Wen beraksi dalam acara ribbon Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto Muhaizan Yahya
GIMNAS negara, Amy Kwan Dict Wen beraksi dalam acara ribbon Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto Muhaizan Yahya

Kata Amy, dia langsung tidak memikirkan emas ke-100 itu, sebaliknya hanya mahu memberi yang terbaik kepada penonton yang hadir dan mempamerkan rutin dengan kemas.

"Dua tahun lalu, saya terlepas peluang mewakili negara kerana mengalami kecederaan. Sudah lama saya menantikan emas ini dan ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila berjaya merealisasikannya.

"Terima kasih kepada semua kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh kami atlet gimnastik negara.

"Saya juga bangga menjadi atlet Malaysia," katanya.

Beraksi di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC), skuad gimrama negara mempamerkan aksi memukau untuk menyapu bersih kesemua lapan emas yang ditawarkan.

Pada temasya dua tahun lalu, gimnas negara membawa pulang dua emas menerusi N Shasangari Sivaneswary dan Sie Yan.

GIMNAS negara, Koi Sei Yan beraksi dalam acara gelung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto BERNAMA
GIMNAS negara, Koi Sei Yan beraksi dalam acara gelung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MiTEC). - Foto BERNAMA

Berita Harian X