Selasa, 29 Ogos 2017 | 12:34pm
AALIYAH Yoong Hanifah pada acara Waterski open ladies jump, Sukan SEA KL2017 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KL2017: Aaliyah Yoong rangkul emas kedua

PUTRAJAYA: Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat emas keduanya untuk Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila cemerlang dalam acara jump dengan lompatan sejauh 32.6 meter, sebentar tadi.

Pingat perak pula dimenangi juara bertahan Sukan SEA Singapura 2015, Rossi Amir dari Indonesia yang melakukan lompatan sejauh 30.8 meter.

Manakala, pingat gangsa pula menjadi milik seorang lagi atlet Indonesia, Nur Alimah Priambodo.

Terdahulu, Aaliyah turut menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen Malaysia selepas mencatat mata 2.0 dalam acara slalom individu wanita, pagi tadi.

Aaliyah sekali lagi akan turun ke Tasik Putrajaya petang ini bagi mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, dalam acara kegemarannya Trick.

Berita Harian X