Selasa, 29 Ogos 2017 | 4:06pm
FATEHAH Mustapa meraikan kejayaan meraih pingat emasmenjuarai 500 meter ujian masa di Velodrom Nasional Malaysia, Negeri Sembilan sebentar tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

KL2017: Fatehah raih emas ketiga

NILAI: Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa meraih emas ketiga peribadinya apabila menjuarai 500 meter ujian masa di Velodrom Nasional Malaysia sebentar tadi.

Dia merekodkan masa terpantas 34.542 untuk membaiki rekod kebangsaan yang dilakukannya ketika Sukan Komanwel 2014 Glasgow (34.667s).


AKSI Fatehah Mustapa meraikan kejayaan meraih pingat emas di Velodrom Nasional Malaysia, Negeri Sembilan sebentar tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Ia adalah emas ketiga selepas menang acara pecut individu dan berpasukan serta di landasan tepat untuk meraih empat emas apabila beraksi dalam acara keirin pada petang nanti.

Bagi satu kilometer ujian masa, Mohd Fadhil Mohd Zonis melakar kejutan apabila mencatat masa terpantas satu minit 01.889s mengenepikan rakan sepasukan Shah Firdaus Sahrom yang akur dengan perak selepas catat 1:02.356s.


FATEHAH Mustapa mendapat sokongan padu daripada penonton di Velodrom Nasional Malaysia, Negeri Sembilan sebentar tadi. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Gandingan Eiman Firdaus Mohd Zamri, Irwandie Lakasek, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Muhamad Afiq Huznie Othman pula mencatat masa terpantas 4 minit 9.999 saat acara kejar mengejar berpasukan lelaki sekali gus menempah tiket ke pusingan akhir perebutan pingat emas bertemu Thailand pada 8 malam ini.

Mereka turut memecahkan rekod kebangsaan 4:14.359s yang dilakukan ketika Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada Februari lalu.

Sesi malam di Velodrom Nasional akan bersambung malam ini dengan juara dunia keirin Azizulhasni Awang turun beraksi.

Berita Harian X