Selasa, 29 Ogos 2017 | 4:24pm
ATLET pelayaran negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah memperolehi pingat emas kelima dalam acara sukan pelayaran kategori OPTIMIST (lelaki) pada Sukan SEA KL2017 di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan, Kuah. - Foto Amran Hamid

KL2017: Muhammad Fauzi tepati sasaran emas pelayaran

LANGKAWI: Skuad pelayaran negara menepati sasaran meraih lima pingat emas selepas Muhammad Fauzi Kaman Shah menjuarai acara optimis lelaki, di sini, sebentar tadi.

Pelayar berusia 15 tahun yang meraih emas keduanya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu, mendahului dalam enam daripada lapan perlumbaan untuk mengumpul 10 mata.

Panwa Boonnak dari Thailand meraih perak manakala pelayar Singapura, Teo Li Chen membawa pulang pingat gangsa.

Berita Harian X