Rabu, 30 Ogos 2017 | 2:36pm
ATLET penerjun Malaysia meraikan kejayaan selepas tamat acara akuatik Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
ATLET penerjun Malaysia meraikan kejayaan selepas tamat acara akuatik Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
PERENANG negara, Welson Sim meraikan kejayaan merangkul pingat emas pada acara renang 200m gaya bebas di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
PENERJUN Malaysia, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee (kiri) ceria merangkul pingat emas pada acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
PENERJUN Malaysia, Hanis Nazirul Jaya Surya (kanan) bersama Jellson Jabilin meraih emas pada acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
PENERJUN negara, Ahmad Amsyar Azman (kanan) dan Chew Yiwei menjerit kepuasan selepas merangkul pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
PENERJUN Malaysia, Leong Mun Yee (kanan) bersama Jellson Jabillin merangkul pingat emas pada acara 10 meter platform seirama campuran. - Foto Aizuddin Saad

KL2017: Akuatik cemerlang jadi lubuk emas negara

KUALA LUMPUR: Sukan akuatik paling menyerlah pada edisi ke-29 Sukan SEA apabila menghadiahkan keseluruhan 20 pingat emas untuk dihadiahkan buat kontinjen negara.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chan berkata beliau berbangga dengan aksi cemerlang atlet negara biarpun sasaran awal diletakkan adalah 17 emas.

"Saya sangat berbangga dengan persembahan mengagumkan mereka semua. Bagi terjun, kita menurunkan penerjun muda seperti Jellson Jabillin dan Gabriel Gillbert Daim yang beraksi cemerlang.


ATLET renang berirama negara memperagakan aksi dalam acara rutin bebas berpasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat AKuatik Nasional Bukti Jalil. - Foto Osman Adnan

"Kita akan terus memberi pendedahan kepada penerjun muda ini begitu juga renang pun mereka melakukan dengan baik. Mereka memecahkan beberapa rekod kebangsaan. Kesimpulannya kami berjaya penuhi apa yang kami sasarkan," katanya.

Akuatik yang menampilkan 93 atlet bagi mewakili renang, renang terbuka, renang berirama, terjun dan polo air menghadiahkan keseluruhan 20 emas, 11 perak dan lima gangsa.

Katanya, secara kesimpulannya kesemua acara sukan akuatik - terjun, renang, renang berirama, polo air menghadiahkan pingat buat negara termasuklah polo air lelaki yang beraksi baik apabila memberi kejutan dengan menghadiahkan gangsa.


JURULATIH polo air negara, Voon Yong Hui (tiga dari kanan) bersama sebahagian pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan pasukan Thailand pada acara polo air lelaki Sukan SEA 2017 di Pusat Akuatik Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Terjun kekal sebagai acara yang membantu menyumbang emas terbanyak dengan menyapu bersih 13 emas, diikuti renang (5 emas) dan renang berirama (2 emas).

Mengenai perenang yang dilihat masih jauh ketinggalan berbanding penerjun negara dalam pungutan emas, Mae Chan berkata, dua acara sukan ini tidak boleh dibandingkan memandangkan terjun adalah sukan subjektif.

Katanya, ASUM akan menguatkan program pembangunan renang di peringkat negeri banyak meramaikan lagi perenang yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan.


PENERJUN Malaysia, Cheong Jun Hoong melakukan terjunan pada acara 1m papan anjal wanita di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Berita Harian X