Rabu, 30 Ogos 2017 | 8:24pm
ANTARA pengunjung yang hadir bagi menyaksikan majlis penutup Sukan SEA KL 2017 dan ambang Merdeka ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
ANTARA pengunjung yang hadir bagi menyaksikan majlis penutup Sukan SEA KL 2017 dan ambang Merdeka ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KL2017: Majlis penutup dibanjiri ribuan penonton

KUALA LUMPUR: Acara penutup Sukan SEA 2017 yang dilangsungkan pada malam ambang merdeka, nyata menjadi tarikan utama buat rakyat negara ini hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

PENONTON yang menyaksikan majlis penutup Sukan SEA KL 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Danial Saad
PENONTON yang menyaksikan majlis penutup Sukan SEA KL 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Danial Saad

Asasnya, puluhan ribu yang hadir ke stadium bukan hanya untuk meraikan kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 ini, malahan ia bukti rakyat berbilang kaum di Malaysia sentiasa bersatu dan ia begitu ketara ketika ulang tahun kemerdekaan.

Walaupun umat Islam bakal meraikan Aidiladha, mereka mungkin tidak mahu melepaskan peluang turut serta merasai kemeriahan sambutan merdeka dan penutup KL2017 yang dilangsungkan penuh meriah.

PENONTON mengibarkan Jalur Gemilang ketika majlis penutup Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah
PENONTON mengibarkan Jalur Gemilang ketika majlis penutup Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Asyraf Hamzah

Seawal jam 5 petang, penonton dilihat sudah mula berpusu-pusu memasuki stadium dengan pelbagai gelagat dapat dilihat oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Ada antara orang ramai dan penyokong yang turut memeriahkan aktiviti yang disediakan di sekitar stadium, seperti gerai 100PLUS dan Team Malaysia, selain mengambil kesempatan berkelah beramai-ramai di luar perkarangan stadium.

Aksi selfie juga menjadi perkara wajib buat orang ramai bagi merakam detik harmoni dan penuh bersejarah buat negara ini pada tanggal 30 dan 31 Ogos.

SUASANA diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu senja menjelang majlis penutup Sukan SEA K2017.- Foto Zunnur Al Shafiq
SUASANA diperkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada waktu senja menjelang majlis penutup Sukan SEA K2017.- Foto Zunnur Al Shafiq

Tidak ketinggalan pelancong luar asing yang teruja menyaksikan kemeriahan sambutan penutupan KL2017 serta ambang merdeka.

"Kami tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium menyaksikan detik bersejarah Malaysia kerana kebetulan berada di sini untuk bercuti.

"Tapi jelas suasana penuh harmoni dan berbilang kaum amat menarik perhatian kami," kata Svenja dari Jerman ketika ditemui di sini, hari ini.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang menyerbu gerai jualan pakaian rasmi Sukan SEA 2017 bagi mendapatkan barangan eksklusif yang dijual di sekitar stadium.

KL2017 yang dibuka secara rasmi pada 19 Ogos lalu dan berakhir hari ini menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan dengan kutipan 323 pingat membabitkan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X