Khamis, 7 September 2017 | 1:56pm
ATLET Paralimpik berbasikal negara cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran susur keluar Batu Arang ketika menjalani latihan dari Kuala Selangor menuju ke Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto Ihsan pembaca

Para KL2017: Dua atlet berbasikal cedera dirempuh

KUALA LUMPUR: Dua atlet berbasikal paralimpik negara cedera parah selepas disyaki dirempuh oleh sebuah kenderaan empat pacuan roda ketika sedang menjalani latihan di Lebuh Raya Kuala Selangor (LATAR), sebentar tadi.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Shapawi Ismail mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH Sukan.

Beliau berkata, kemalangan berhampiran susur keluar Batu Arang itu membabitkan lima pelumba termasuk seorang jurulatih. Tiga lagi pelumba dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan.


BEKAS jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Mohamad Bakar sedih melihat kedudukan semasa skuad Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - Foto Amir Irsyad Omar


SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan FMLLP telah menawarkan skuad Tok Gajah untuk beraksi pada Piala AFC 2018 tetapi tawaran itu ditolak menerusi surat balasan bertarikh 14 November lalu. - Foto Osman Adnan, Pahang FA.


ATLET Paralimpik berbasikal negara yang cedera selepas dirempuh pacuan empat roda berhampiran susur keluar Batu Arang ketika menjalani latihan. - Foto Ihsan pembaca

Katanya, kejadian dipercayai kira-kira jam 11 pagi ketika sekumpulan tujuh pelumba berkenaan sedang menjalani latihan dari Kuala Selangor dan dalam perjalanan pulang ke ibu negara.

"Dua pemandu depan (pilot rider) yang membawa dua pelumba lain menggunakan basikal 'tandem' (basikal dinaiki berdua) mengalami kecederaan serius.

"Mungkin patah kaki, namun tertakluk kepada pemeriksaan lanjut di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Shapawi berkata dua basikal tandem berkenaan dan jurulatih berada di depan tiga lagi pelumba dan sebuah van pengiring, apabila tiba-tiba dipercayai dirempuh sebuah pacuan empat roda yang kemudiannya memecut dari situ.

Katanya, semua atlet yang cedera kini mendapatkan rawatan lanjut di hospital Sungai Buloh dan berharap keadaan mereka tidak serius.

8810 dibaca
Berita Harian X