Jumaat, 8 September 2017 | 10:51pm

NUJM anjur program INK RUN 2017

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) akan menganjurkan program INK RUN 2017 bertempat di Universiti Malaya (UM) di sini, pada 30 September ini.

Larian itu diadakan sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dan juga sebagai usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat secara bebas serta medan mendekatkan pengamal media kepada masyarakat.

NUJM dalam kenyataan berkata, larian itu membabitkan kategori 10 kilometer (km) Terbuka Lelaki dan Wanita (12 tahun ke atas) dan 5km Terbuka Lelaki dan Wanita (12 tahun ke atas) yang dijadualkan bermula jam 7 pagi.

Bagi yang berkeluarga, mereka juga digalakkan mengambil bahagian bagi kategori 3km.

Yuran penyertaan adalah RM60, manakala bagi warga emas, kanak-kanak serta pelajar, mereka hanya dikenakan yuran sebanyak RM40.

Bagi yang berminat, mereka boleh mendaftar secara dalam talian menerusi laman web www.nujm.org.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penganjur melalui emel inkrun2017@gmail.com atau melalui laman sosial Facebook: INK Run 2017 atau menghubungi talian 011-11518152 dan 019-2107722.

221 dibaca
Berita Harian X