Isnin, 11 September 2017 | 6:44pm

Para KL2017: Pas masuk pembukaan percuma mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang-gemilang pembukaan Sukan Para ASEAN Kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, secara percuma pada 17 September ini.

Penonton bagaimanapun perlu mendapatkan pas masuk ke upacara pembukaan itu sebagai langkah keselamatan untuk mengawal kemasukan dan agihan tempat duduk di dalam stadium, menurut Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya setiap individu layak mendapatkan maksimum 10 pas masuk dan orang ramai boleh mendapatkannya secara dalam talian www.kualalumpur2017.com.my atau di kaunter tiket di Stadium Nasional.

Kaedah dalam talian bermula hari ini (11 September) hingga jam 12 tengah hari 16 September dan pas masuk itu perlu dimuat turun serta dicetak untuk dibawa bersama ke stadium.

Bagi pengambilan sendiri di Stadium Nasional, tiket boleh didapati pada 16 September dari jam 2 petang hingga 6 petang dan pada 17 September, mulai 12 tengah hari hingga 6 petang.

Sukan Para ASEAN Kesembilan menawarkan 368 pingat emas daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan, bermula dari 17 September hingga 23 September. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X