Khamis, 21 September 2017 | 4:24pm
ATLET Olahraga negara Saiful Dawang (dua dari kanan) dan Eryanto Bahtiar (kanan) meraih pingat perak dengan catatan masa 47:01 saat dalam acara 4X100 Meter Kelas T42/T47 pada Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
ATLET Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli bergambar dengan papan markah elektronik dengan catatan rekod baharu kejohanan 16.81 meter bagi acara melontar peluru kategori F20 pada Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
ATLET Malaysia, Muhammad Hafiz Abu Bakar ketika beraksi dalam acara melempar cakera kategori F36/F37 pada Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
ATLET Malaysia, Mohd Hisham Khaironi menang emas dalam acara merejam lembing F12/F13 pada Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
ATLET Malaysia, Wong Kar Gee ketika beraksi dalam acara lompat jauh kategori T11/T12 pada Sukan Para ASEAN KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan

Para KL2017: APSF puji penganjuran berjalan lancar

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Para ASEAN memuji usaha Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam memastikan kelancaran temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 Para (KL2017).

Presiden APSF, Mej Jen Osoth Bhavilai berkata, berdasarkan lawatannya ke venue dan kemudahan temasya itu beberapa hari lalu, beliau amat berpuas hati dengan penganjuran temasya itu.

"Saya sudah melawat ke semua venue atas kapasiti saya selaku presiden APSF dengan menyampaikan pingat-pingat, beramah mesra dengan atlet dan pegawai .

Secara keseluruhannya semua mereka menyatakan rasa puas hati dengan penganjuran temasya ini," katanya pada sidang media hari ini.

Bhavilai mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga MASOC bagi penganjuran Sukan itu dengan jayanya.

"Saya mengakui bahawa kami menghadapi beberapa masalah kecil terutamanya untuk menentukan klasifikasi sebenar dalam beberapa sukan tetapi jawatankuasa pengelola berjaya menangani masalah itu," katanya.

Dalam pada itu, Bhavilai turut menyatakan kesediaan APSF untuk membantu kerajaan Filipina apabila negara itu menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN Ke-10 pada 2019.

-- BERNAMA

520 dibaca
Berita Harian X