Khamis, 21 September 2017 | 7:14pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan pemain ketika menyaksikan Malaysia menentang Thailand pada final bola keranjang kerusi roda 3 lawan 3 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), sebentar tadi. - Foto Asyraf Hamzah

Para KL2017: Thailand hampakan Malaysia final bola keranjang

KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas di tangan Thailand, 12-5 pada aksi final bola keranjang kerusi roda 3 lawan 3 pada temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur (Para KL2017) di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Thailand berjaya mengekalkan pingat kejuaraan acara berkenaan yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu, dalam saingan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

99 dibaca
Berita Harian X