Ahad, 26 November 2017 | 10:11pm
PASUKAN hoki wanita Selangor menjuarai Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-2, 2017 di Stadium Hoki Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli
PEMAIN Pahang, Siti Zulaika Hussin (kiri) diasak pemain Selangor, Ellya Syahirah Ellias pada aksi final Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-2, 2017 (wanita) di Stadium Hoki Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli
PEMAIN Selangor, Fatin Shafikah Mohd Sukri (kiri) bersama rakan pasukan meraikan kemenangan selepas berjaya menjaringkan gol selangor pada aksi final Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-2, 2017 (wanita) di Stadium Hoki Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Hatrik Fatin julang Selangor

KUALA LUMPUR: Fatin Shafikah Mahd Sukri muncul wira skuad hoki wanita Selangor selepas membantu pasukannya merangkul gelaran sulung Piala Razak dengan menewaskan juara bertahan Pahang 5-2 pada aksi final di sini, sebentar tadi.

Fatin bukan saja meledak hatrik malah, penyerang berusia 22 tahun itu turut mencipta satu bantuan gol untuk menafikan misi Pahang mempertahankan gelaran yang dimenangi pada tahun lalu.

Bagi Fatin yang dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir, kejayaan itu begitu istimewa selepas Selangor gagal dalam percubaan sulung tahun lalu.

"Ia memang sangat istimewa, satu kejayaan indah bagi Selangor kerana kami tidak pernah menjulang gelaran Piala Razak selepas hanya berpuas hati dikedudukan ketiga pada tahun lalu.


PRESIDEN KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan (tengah) melihat dokumen tajaan yang ditandatangani penaja baru termasuk daripada Syarikat Perlancongan, Al-Quds Travel & Umrah dan rakan kongsi pasukan. - Foto Attirmidzie Rahman


JENTERA pelumba negara, Nazim Azman sasar ulangi kejayaan raih di GP Malaysia, tahun lalu

"Malah, saya amat bersyukur kerana mendapat bonus dengan meledak hatrik dalam aksi final bagi menewaskan pasukan serba lengkap seperti Pahang," kata Fatin yang juga penyerang negara.

Jangkaan awal perlawanan itu bakal menjadi milik Pahang yang diperkuatkan kehadiran tujuh pemain negara ternyata meleset apabila Selangor sentiasa mempertahankan kelebihan satu gol sepanjang 60 minit aksi.

Jelas percaturan jurulatih Selangor, Ikmal Abd Jabbar yang mengarahkan anak buahnya menyerang sejak awal permainan berhasil apabila selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Nurain Hidayah Asri dan Fatin pada minit ke-8 dan ke-10.

Pahang kembali merapatkan kedudukan menerusi jaringan Rabiatul Adawiyah Mohamed pada minit ke-16, namun ia tidak bertahan lama selepas Fatin menambah jaringan ketiga Selangor pada minit ke-32.

Bermula suku ketiga, Pahang memperkemaskan permainan dan akhirnya merapatkan semula kedudukan kepada 3-2 hasil gol padang Annur Amira Suziani Suhaimi pada minit ke-38.

Bagaimanapun, dua jaringan suku keempat mengesahkan kemenangan Pahang apabila lorongan bola Fatin mudah disudahkan Nor Atira Mohamad Ismail (m-44) sebelum Fatin melengkapkan hatrik menerusi penyudah penalti strok (m-59).

__________________________________________________________________

KEPUTUSAN

FINAL

Selangor 5 Pahang 2

Tempat 3/4

ATM 3 Kuala Lumpur 1

Berita Harian X