X
Jumaat, 22 Disember 2017 | 9:52am
BEKAS juara tinju dunia kategori super lightweight dan welterweight, Danny Garcia (kiri) akan bertemu bekas juara dunia, Brandon Rios Februari ini.
BEKAS juara tinju dunia kategori super lightweight dan welterweight, Danny Garcia (kiri) akan bertemu bekas juara dunia, Brandon Rios Februari ini.

2 bekas juara tinju dunia kembali bertarung

LOS ANGELES: Bekas juara tinju dunia dalam kategori super lightweight dan welterweight, Danny Garcia kembali daripada kekalahan pertama dalam kariernya pada Februari ini untuk bertemu bekas juara dunia, Brandon Rios, kata promoter perlawanan, sebentar tadi.

Pertarungan dijadual berlangsung pada 17 Februari ini di Mandalay Bay, Las Vegas yang bakal turut menyaksikan pertembungan peninju Amerika Syarikat yang masih belum ditewaskan, David Benavidez dengan Ronald Gavril (Romania) bagi mempertahankan gelarannya dalam kategori super middleweight.

Garcia yang mempunyai rekod 33-1 dengan 19 kali knockout meraih kekalahan pertama dalam kariernya Mac lalu, tewas di tangan rakan senegara, Keith Thurman di Brooklyn dalam perebutan gelaran kategori welterweight Majlis Tinju Dunia dan Persatuan Tinju Dunia.

"Saya teruja untuk kembali berada dalam gelanggang pertarungan," kata Garcia.

"Saya memerlukan masa untuk bertenang dan menyembuhkan badan saya.

"Saya sudah bersedia untuk pertarungan tahun ini dengan bergaya dan merampas semula divisyen welterweight."

DANNY Garcia (kiri) mempunyai rekod 33-1 dengan 19 kali knockout meraih kekalahan pertama dalam kariernya Mac lalu. - Foto Reuters
DANNY Garcia (kiri) mempunyai rekod 33-1 dengan 19 kali knockout meraih kekalahan pertama dalam kariernya Mac lalu. - Foto Reuters

Garcia, 29, menikmati status super lightweight selama dua tahun selepas meraih gelaran pertamanya pada 2012 di mana ketika itu menyaksikan dirinya menewaskan peninju Mexico, Erik Morales.

Rios, 31, pula mempunyai rekod 34-3 dengan satu keputusan seri dan 25 knockout.

Bekas juara lightweight WBA itu tewas tiga daripada enam perlawanan awal kariernya, termasuk ketika pertembungan Macau 2013 di mana ketika itu tersungkur di tangan bintang Filipina, Manny Pacquiao.

"Saya tidak sabar untuk sekali lagi membuktikan kesemua kritikan ke atas saya itu salah," kata Rio.

"Danny adalah seorang pejuang yang hebat, tetapi saya akan menewaskan dia seperti saya mengalahkan yang lain sebelum ini." - AFP

Berita Harian X