Rabu, 11 April 2018 | 10:14pm
GIMNAS negara, Amy Kwan dan rakan bantu negara menangi perak pada acara gimrama berpasukan pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, semalam.
GIMNAS negara, Amy Kwan dan rakan bantu negara menangi perak pada acara gimrama berpasukan pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, semalam.

Gimrama berpasukan raih perak

GOLD COAST: Gimnas negara, Amy Kwan, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan memperaga persembahan mengagumkan untuk memenangi pingat perak gimrama berpasukan pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, semalam.

Trio gimnas itu mengumpul 127.950 mata untuk berakhir di belakang pemenang pingat emas dari Cyprus (130.625) manakala Australia meraih gangsa dengan 120.800 mata.

Amy berada dalam pasukan yang memenangi pingat gangsa pada edisi Glasgow 2014 manakala bagi Sie Yan dan Izzah, ia adalah penampilan pertama mereka pada temasya sukan kedua terbesar dunia itu.

"Kami tidak jauh di belakang Cyprus dan kami fikir boleh memenangi emas. Namun perak juga satu usaha yang hebat. Kami berjuang hingga ke akhirnya tapi sudah tentu ia patut lebih bagus.

"Kami membuat beberapa kesilapan tidak sepatutnya dalam rutin kami. Ia satu peringatan bahawa kami perlu memperbaiki persembahan dalam acara selepas ini," kata Amy, 23.

Sie Yan berkata: "Seronok dalam berada di sini dan menang pingat dalam penampilan pertama saya.

"Ada kesilapan dalam rutin kami tapi kami tetap berpuas hati. Kami menyasarkan untuk menang tapi perak pun sudah cukup bagus.

"Saya akan melakukan yang terbaik dalam acara selepas ini."

Izzah pula berkata: "Ia satu pengalaman menakjubkan. Saya melakukan kesilapan dalam rutin riben pada permulaannya tapi persembahan kami lebih bagus berbanding temasya Sukan SEA tahun lalu."

Berita Harian X