Jumaat, 24 Ogos 2018 | 9:13pm
MOHD Al-Jufferi Jamari. - Foto AFP

Pesilat harapan teruskan pemburuan emas

 

JAKARTA: Mohd Al-Jufferi Jamari serta dua lagi pesilat negara mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada Isnin apabila melepasi saingan suku akhir, hari ini.

Pada aksi di Padepokan Pencak Silat dekat Taman Mini Indonesia, harapan emas negara itu menewaskan lawan dari Iran, Akbar Kiyaniyan 5-0 dalam kelas E Putra (65-70kg).

Dia bakal bertemu Akimkanov Zholdoshbez dari Kyrgyzstan di separuh akhir.

Turut melangkah ke separuh akhir ialah Mohd Fauzi Khalid yang bakal mendapat tentangan atlet rumah, Amri Rusdana di separuh akhir kelas F Putra (70-75kg).

Dia yang juga harapan emas negara tidak berdepan masalah apabila menang 5-0 di suku akhir mengatasi lawan dari Laos, Johnny Vongphakdy.

Bagi kelas B Putra, Faizul Nasir pula akan bertemu pesilat Filipina, Dines Dumaan di separuh akhir.

Wakil tunggal pesilat wanita negara hari ini, Siti Shazwana Ajak terpaksa akur tewas kepada peserta tuan rumah, Sarah Tria Monita 0-5.

Berita Harian X