Jumaat, 31 Ogos 2018 | 1:56am
S Kumar meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan India menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out dengan 7-6 selepas terikat keputusan 2-2 tamat perlawanan separuh akhir Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno hari ini. - Fto BERNAMA

PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan bersama S Kumar selepas penentuan penalti shoot-out menentang India. - Foto Fathil Asri
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan bersama S Kumar selepas penentuan penalti shoot-out menentang India. - Foto Fathil Asri

Kumar enggan dilabel wira

JAKARTA: Penjaga gol negara, S Kumar enggan dilabel wira pasukan apabila berjaya membantu Malaysia mara ke final Sukan Asia 2018.

"Saya sebenarnya terjatuh selepas digelecek lawan ketika shoot-out terakhir lawan namun saya menurut naluri hati mengangkat tangan dan ia terkena bola. Saya sifatkan ia sebagai bertuah," kata Kumar.

"Ini adalah usaha berpasukan, kami ketinggalan pada tempoh perlawanan sebenar namun berjaya bangkit di penghujung.

"Saya mungkin menyelamatkan beberapa shoot-out namun rakan sepasukan turut memainkan peranan menjaringkan gol."

Kumar menafikan percubaan Sunil Sowmarpet Vitalacharya untuk memastikan kememangan 7-6 memihak skuad negara.

Menurutnya, mereka amat berbangga dengan persembahan menundukkan pilihan utama kejohanan namun masih ada final menanti.

MALAYSIA mara ke final Sukan Asia 2018. - Foto Fathil Asri
MALAYSIA mara ke final Sukan Asia 2018. - Foto Fathil Asri

Terdahulu selepas terikat 2-2, pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti dengan Kumar mengerahkan semua pengalaman dimilikinya baki memastikan tiket ke final milik negara.

Juara Sukan Asia 2018 akan menempah tiket awal ke Olimpik 2020.

Berita Harian X