Ahad, 28 Oktober 2018 | 1:06am
ROELANT Oltmans - Foto HAFIZ SOHAIMI
ROELANT Oltmans - Foto HAFIZ SOHAIMI

Malaysia gagal ke final

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara gagal melangkah ke final Trofi Juara-Juara Asia apabila tewas kepada Pakistan 3-1 dalam aksi shoot-out di Muscat, Oman sebentar tadi.

Terdahulu anak buah Roelant Oltmans mempamerkan persembahan yang membanggakan apabila bangkit mengikat lawan 4-4 dalam masa perlawanan sebenar.

Faizal Saari meledak dua jaringan untuk Malaysia pada minit kedua dan 56 dengan dua lagi gol hadir menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (42)  dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (44).

Manakala jaringan Pakistan hadir menerusi Muhammad Irfan pada minit keenam sebelum Aleem Bilal menggandakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12.

Abu Bakar Mahmood meledak jaringan ketiga Pakistan pada minit ke-15 sebelum Aleem menambah gol kedua peribadi pada minit ke-20.

Malaysia bagaimanapun terpaksa akur dalam penentuan shoot-out dengan lawan meledak tiga gol menerusi Toseeq Arshad, Aleem, Ammad Shakir But dan jaringan tunggal negara menerusi  Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi.

Malaysia kini akan beraksi dalam penentuan tempat ketiga pada awal pagi esok.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X