Sabtu, 1 Disember 2018 | 8:19pm
PEMAIN golf negara, Shahriffuddin Ariffin. - Ihsan TheClubHouse

Shahriffuddin gagal dapat tiket Jelajah Asia 2019

KUALA LUMPUR: Wakil negara, Shahriffuddin Ariffin gagal untuk meraih tiket Jelajah Asia 2019 selepas sekadar berpuas hati di kedudukan ke-12 carta golf Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Ia selepas pemain negara itu gagal melepasi ‘cut’ di pusingan awal Kejuaraan PGM Maybank yang dimenangi pemain Jepun, Shinichi Mizuno.

Pemain berusia 19 tahun yang menyimpan hasrat untuk mewakili negara pada kempen Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu beraksi dalam 14 kejohanan yang menyaksikannya meraih wang terkumpul berjumlah AS$25,650 (RM107,000), ketinggalan AS$17,728 (RM74,000) di belakang pemenang, Miguel Carballo dari Argentina.

PEMAIN Jepun, Shinichi Mizuno muncul juara Kejuaraan ADT PGM Maybank 2018 di Saujana Golf & Country Club, sebentar tadi.

Carballo muncul pemain Argentina pertama dinobatkan juara Order Of Merit ADT selepas meraih gelaran ADT pertama di Indonesia, Ogos lalu.

"Saya sangat gembira kerana selepas beraksi dalam banyak siri jelajah di seluruh dunia, inilah kali pertama saya meraih kemenangan besar.

"Ia satu pencapaian yang besar untuk saya," katanya.

Menyertai Carballo untuk musim penuh Jelajah Asia tahun depan termasuklah wakil Thailand, Nitithorn Thippong dan Varanyu Rattanaphiboonkij; Han Lee (Amerika Syarikat), Janne Kaske (Finland), Mathiam Keysey (Afrika Selatan) dan Mizuno.

Berita Harian X