Selasa, 9 April 2019 | 1:44pm
Arie Irawan Ahmad Fauzi. - Foto Osman Adnan
Arie Irawan Ahmad Fauzi. - Foto Osman Adnan

Jenazah Arie Irawan dibawa pulang esok

KUALA LUMPUR: Wisma Putra memaklumkan jenazah atlet golf profesional negara, Arie Irawan Ahmad Fauzi dijadual berlepas dari China untuk dikebumikan di tanahair esok.

Pengurus Besar Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM), Nik Mustapha Nik Mohamed mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH di sini hari ini.

"Jenazah akan diterbangkan dari China menerusi pesawat yang ditempah khas pada Rabu (esok) dan dijangka akan tiba di sebelah pagi. Tetapi maklumat lanjut tentang ketibaan sebenar masih belum diputuskan," katanya.

Beliau berkata maklumat tentang hasil bedah siasat masih belum diketahui.

Pada Ahad lalu, dunia golf digemparkan apabila Arie Irawan yang sedang menyertai Kejuaraan Sanya di China ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya, Kevin Techakanokboon sebelum pakar perubatan yang tiba mengesahkan beliau meninggal dunia di hotel penginapannya di Sanya, yang terletak di selatan Hainan.

Jelajah PGA juga mengumumkan perlawanan pusingan akhir kejohanan terbabit dibatalkan dengan Trevor Sluman diumumkan pemenang selepas mendahului sehingga pusingan ketiga.

Berita Harian X