Khamis, 25 April 2019 | 1:17pm
Skuad hoki kebangsaan bergambar kenangan dengan peminat yang dibawa khas oleh 100Plus.

100Plus suntik semangat Malaysian Tigers

KUALA LUMPUR: Pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS dengan kerjasama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberi peluang kepada lebih 40 pelajar bertemu skuad hoki kebangsaan yang sedang menjalani persiapan menghadapi Pusingan Final Siri FIH yang bermula esok.

Sekumpulan pelajar yang terpilih itu hadir dalam sesi bertemu pasukan hoki kebangsaan sebagai tanda sokongan kepada skuad hoki kebangsaan yang bakal bertemu Brazil pada perlawanan pembukaan esok. 

“Sesi ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang serta menaikkan semangat kepada pemain pemain hoki kebangsaan sebelum beraksi tiga hari lagi,” kata Pengurus Pemasaran Sukan dan Pengaktifan, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin.

“Kami turut memberi sokongan dan mengharapkan skuad kebangsaan mencapai keputusan yang baik. Kami juga berharap penyokong penyokong hadir untuk memberi sokongan penuh kepada skuad hoki kebangsaan.”

Peminat yang terdiri daripada pelajar berusia 13 dan 14 tahun juga sempat untuk beramah mesra, mengambil gambar kenangan serta mendapatkan tanda tangan daripada pemain sebagai tanda kenangan.

100PLUS dipilih sebagai penaja minuman rasmi untuk kejohanan hoki Final Siri FIH. 

 

 

Berita Harian X