X
Jumaat, 23 Ogos 2019 | 8:42pm
Gambar fail, pemain TLHT, Wan Norfaiezah Md Saiuti pada perlawanan hoki antara TLHT menentang PKS-UNITEN pada Kejohanan Vivian May Soars Cup 2019 di Stadium Tun Razak, Jalan Duta. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Gambar fail, pemain TLHT, Wan Norfaiezah Md Saiuti pada perlawanan hoki antara TLHT menentang PKS-UNITEN pada Kejohanan Vivian May Soars Cup 2019 di Stadium Tun Razak, Jalan Duta. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Wan Norfaiezah sudah serasi di hoki Bundesliga

 

KUALA LUMPUR: Faktor beraksi dalam musim kedua Bundesliga memastikan pemain hoki wanita negara, Wan Norfaiezah Saiuti cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Jerman.

Pemain berusia 24 tahun itu tiba di Berlin sejak Selasa lalu selepas khidmatnya sekali lagi ditagih Wespen Zehlendorfer bersama rakan senegara, Hanis Nadiah Onn.

Namun kali ini mereka tidak lagi berdua selepas kelab Jerman itu juga menyambar pertahanan Raja Norsharina Shabudin sekali gus menyaksikan segenap posisi diperkuatkan pemain negara.

"Saya bersyukur kerana dipanggil kali kedua beraksi buat Wespen. Walaupun keadaan cuaca makin sejuk tetapi saya sudah sesuaikan diri.

"Prestasi saya setakat ini OK dengan taktikal, kecergasan, komunikasi dengan pasukan dan jurulatih semuanya bagus," katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Katanya, setakat ini semuanya berjalan lancar termasuk berpuas hati dengan prestasi peribadi khususnya bagi aksi pemanas badan, Selasa lalu.

"Perlawanan pertama jurulatih ada bercakap 'terima kasih anda semua beraksi dengan baik dalam perlawanan ini', katanya.

Bagaimanapun, tiada apa yang perlu dbimbangkan ketiga-tiga pemain negara itu apatah lagi mereka mempunyai tempoh kira-kira dua minggu sebelum saingan liga menyingkap tirainya.

Wespen dijadualkan berdepan Mulheim bagi aksi sulung liga pada 7 September ini sebelum selang sehari kemudiannya melayani Dusseldorfer.

Sebagai rekod, daripada 12 pemain Malaysian Tigress yang melebarkan sayap ke Eropah, Jerman muncul terbanyak dengan enam pemain.

Ia termasuk tiga pemain dipancing pasukan divisyen dua Bundesliga, Bremen HC - Juliani Din, Nuramirah Syakirah Zulkifli dan Maizatulhanim Syafi Sheikh Fuad.

 

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X