Ahad, 6 Oktober 2019 | 6:36pm
Sebahagian peserta TGMM yang berjaya menamatkan larian.

3,000 peserta hangatkan TGMM

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai peringkat usia menghangatkan The Great Malaysia Marathon (TGMM) di Cyberjaya, hari ini.

Pengarah Teknikal TGMM, Rafiq Hakim Razali menjelaskan program berkenaan turut disertai hampir 100 peserta antarabangsa daripada pelbagai negara termasuk Kanada, Singapura, Indonesia, Maldives, Sepanyol dan Jerman.

Berikutan sambutan menggalakkan, Rafiq menjelaskan pihaknya berhasrat meneruskan TGMM ke Johor tahun depan selain beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

“Program ini bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada orang ramai tanpa mengira usia dan latar belakang bagi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal mereka.

“Selain itu, TGMM juga bertujuan menyatukan hati rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan di samping sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Program ini akan berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, dengan destinasi budaya dan pelancongan terbaik kepada pelancong asing,” katanya.

Pada edisi sulung kali ini, empat kategori dipertandingkan membabitkan 42 kilometer (km) dengan peserta perlu menamatkan larian di bawah tujuh jam; 21km (bawah empat jam); serta ‘fun run’ 10km dan 5km.

Berita Harian X