Rabu, 13 November 2019 | 9:35am
Tiger Woods. - Foto AFP

Woods sahut cabaran Jemputan Genesis

LOS ANGELES: Tiger Woods mengesahkan bahawa dia akan beraksi pada Kejohanan Jemputan Genesis di Los Angeles yang juga gelanggang terbaik ketika dia mempamerkan statusnya buat pertama kali ketika zaman remajanya.

Kejohanan di Riviera Country Club memberi makna istimewa buat Woods, yang membuat penampilan sulung di Jelajah PGA pada kejohanan berkenaan pada 1992 sebagai pemain amatur ketika berusia 16 tahun.

Dikenali sebagai Terbuka Genesis sebelum ini, kejohanan dikendalikan Yayasan Amal Woods dinaikkan status kepada jemputan tahun lalu.

Perubahan itu menyaksikan pemenang diberi pengecualian pelancongan selama tiga tahun, hadiah yang lebih bernilai serta mengurangkan jumlah pemain daripada 144 kepada 120 peserta.

Format baharu kejohanan akan menyamai Kejohanan Jemputan Arnold Palmer Invitational di Bay Hill anjuran Palmer sebelum dia meninggal dunia pada 2016 dan Kejohanan Jack Nicklaus Memorial.

“Ia satu penghormatan buat kami berada dalam kategori sama seperti Jack Nicklaus dan Arnold Palmer,” kata Woods.

“Kedua-dua mereka adalah legenda. Untuk kami mencapai tahap ini, semua perkara yang kami mahu dalam kejohanan ini akan menjadi kenyataan.

Penyertaan Woods hadir selepas cemerlang pada musim ini yang menyaksikan dia meraih kemenangan dramatik kelima Masters pada April sebelum merangkul kejuaraan ke-82 Jelajah PGA dalam kariernya. – AFP

Berita Harian X