Rabu, 13 November 2019 | 11:33am
Dominic Thiem. - Foto AFP

Thiem puas tewaskan Djokovic

LONDON: Dominic Thiem menampilkan persembahan menakjubkan dengan corak menyerang untuk menewaskan Novak Djokovic sekali gus layak ke pusingan empat terakhir Final ATP, pagi tadi.

Kekalahan itu menyebabkan pemain Serbia itu perlu menentang Roger Federer dalam pusingan penentuan.

Dalam perlawanan di Arena London O2, pemain pilihan kelima dari Austria itu memberikan saingan sengit keatas pemain nombor dua dunia malah bangkit daripada kekalahan set pertama menjadikan keputusan 6-7 (5/7), 6-3, 7-6 (7/5).

Sebelum itu, Federer kembali menemui sinar selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini 7-6 (7/2), 6-3 dalam pusingan round robin.

Federer dan Djokovic akan bertemu pada awal pagi esok mengulangi final Wimbledon untuk menyaksikan siapa yang lebih layak untuk meneruskan kemaraan dari peringkat kumpulan.

“Saya berlatih sepanjang hayat saya, masa kanak-kanak saya dihabiskan dengan latihan,” kata Thiem. “Ia luar biasa.”

“Novak dalam keadaan terbaik dan saya perlu melakukan sesuatu yang istimewa,” katanya.

“Saya berada sepanjang masa dalam perlawanan, bangkit daripada kekalahan dan terus bertahan, tersangkut dalam perlawanan dan saya berada dalam pusingan separuh akhir.” – AFP

Berita Harian X