Isnin, 2 Disember 2019 | 6:13pm
Pesilat Negara, Mohd Taqiyuddin Hamid raih pingat emas acara ganda putra di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic Bay sebentar tadi.

Pencak silat hadiah emas ke-10

 

CLARK: Skuad pencak silat negara menyumbang pingat emas kesepuluh kontinjen Malaysia menerusi acara ganda putra di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic Bay sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu diraih dengan cara yang sukar apabila terpaksa ditentukan menerusi kiraan teknikal selepas pesilat negara, Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga terikat 564 mata dengan peserta tuan rumah, Filipina.

Pingat gangsa pula dimenangi wakil Laos yang meraih 562 mata.

Kejayaan itu membolehkan Taqiyuddin mempertahankan pingat emas dimenangi dua tahun lalu, cuma kali ini dengan pasangan berbeza - Sazzlan yang menggantikan Rosli Sharif.

Dengan kemenangan itu, bermakna sukan silat masih kekurangan satu lagi emas untuk menyamai sasaran dua pingat emas ditetapkan buat mereka kali ini.

Berita Harian X