Sabtu, 7 Disember 2019 | 3:46pm
Aksi Atlet Terjun negara Ooi Tze Liang beraksi pada perlawanan acara 3 Meter Papan Anjal Kategori Lelaki di Stadium Atletik New Clark City, hari ini. - Foto BERNAMA

Terjunan Tze Liang terus hasilkan emas

 

CLARK: Skuad terjun negara meneruskan dominasi di Pusat Akuatik New Clark City apabila meraih pingat emas ketiga menerusi Ooi Tze Liang yang mengungguli acara 3 meter papan anjal individu lelaki, sebentar tadi.

Tze Liang unggul mencatat 454.60 mata manakala seorang lagi penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh meraih perak dengan catatan 402.50 mata.

Peserta Singapura, Mark Lee Han Ming memenangi gangsa dengan catatan 325.50 mata.

Lebih manis, kejayaan itu membolehkan Tze Liang mempertahankan pingat emas keempat berturut-turut dalam acara itu sejak temasya Nay Pyi Taw 2013.

Ia adalah pingat emas peribadi ke-11 di Sukan SEA dan yang kedua untuknya dalam edisi 2019 selepas semalam bersama Chew Yiwei membolot emas 3m papan anjal seirama lelaki.

Berita Harian X