Sabtu, 7 Disember 2019 | 4:51pm
ATLET penerjun negara, Wendy Ng (bawah) bersama Nur Dhabitah Sabri beraksi dan meraih pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan New Clark City, Clark. NSTP/Aizuddin Saad

Skuad terjun sapu bersih 4 emas

CLARK: Kem terjun negara menyapu bersih semua empat pingat emas ditawarkan dalam acara berkenaan selepas meraih satu lagi emas di Pusat Akuatik New Clark City, sebentar tadi.

Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee nyata bukan tandingan dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama apabila jauh mendahui pencabar dengan kutipan 270.60 mata.

Pingat perak menjadi milik pasangan Singapura, Ashley Tan-Fong Kay Yian dengan 228.06 manakala B Surincha-Y Ramanya (Thailand) gangsa dengan 208.14.

Skuad terjun negara sebelum ini meraih emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki, 3m papan anjal individu lelaki dan 3m papan anjal individu wanita.

Berita Harian X