Sabtu, 7 Disember 2019 | 8:14pm
PERENANG negara, Welson Sim. NSTP/Aizuddin Saad

Welson tiada pilihan lain

CLARK: Welson Sim tiada pilihan lain sebaliknya perlu tampil dengan kuakan lebih bertenaga dalam acara terakhirnya 100 gaya bebas, esok ataupun pulang tanpa pingat emas.

Ini selepas impian jaguh renang negara itu mempertahankan pingat emas dalam acara 200m gaya bebas di Pusat Akuatik New Clark City musnah, petang tadi, musnah.

Sebaliknya perenang berusia 22 tahun itu sekadar meraih pingat perak dengan catatan masa 1:48.52 saat (s) selepas tewas kepada wakil Singpura, Darren Chua yang mencatat 1:48.26s manakala Quy Phuoc Hoang dari Vietnam mencatat 1:48.59s untuk gangsa.

Terdahulu, Welson turut gagal mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur dalam acara 400 meter gaya bebas kepada sensasi baru dari Vietnam, Nguyen Huy Hoang.

"Saya sangat tertekan. Saya tahu mempunyai peluang untuk memenangi acara ini tetapi dengan keadaan sekeliling yang agak bising serta ditambah jangkaan tinggi, saya gagal melakukannya.

"Saya sangat berusaha keras tetapi akhirnya tewas juga," katanya.

Berita Harian X