Ahad, 8 Disember 2019 | 1:02am
ATLET pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Affendy (kanan) bersama Nur Shazrin Mohamad Latif. NSTP/Aizuddin Saad.

Hanya 1 perak, 6 gangsa dari pelayaran

CLARK: Skuad pelayaran negara bermula perlahan apabila hanya meraih satu perak dan enam gangsa pada hari pertama acara itu di Subic, hari ini.

Turun dengan sasaran empat pingat emas bagi edisi ke-30 ini, keputusan itu pastinya mencemaskan kem pelayaran negara apalagi dengan lima baki acara yang tinggal.

Paling dirasai adalah kegagalan jaguh pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Syazrin Mohd Latif yang menjadi sandaran utama bagi menghadiahkan emas.

Kedua-dua atlet yang sudah menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masing-masing meraih pingat gangsa hari ini dalam acara laser standard dan laser radial.

Satu-satunya pingat perak yang dimenangi skuad pelayaran negara adalah menerusi gandingan Muhammad Fauzi Kaman Shah-Umar Al Farouk dalam acara International 420.

Empat lagi baki pingat gangsa disumbangkan oleh acara international 470 lelaki, International 420 wanita, optimis lelaki dan optimis wanita.

Berita Harian X