Isnin, 9 Disember 2019 | 1:04pm
SKUAD memanah negara meraikan kejayaan selepas meraih pingat emas dalam acara memanah berpasukan lelaki compound sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Clark Parade Ground, Clark. NSTP/Aizuddin Saad

Panahan trio negara mengena

 

CLARK: Skuad memanah negara menamatkan penantian emas sulung di Sukan SEA 2019 apabila memenangi acara final compound berpasukan lelaki di Parade Ground, di sini, sebentar tadi.

Diwakili trio Muhammad Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan M Khambeswaran, mereka menewaskan Vietnam 224-216 untuk mempertahankan pingat emas dalam acara itu buat kali ketiga berturut-turut.

ATLET memanah negara, Zulfadhli Ruslan beraksi dalam acara memanah berpasukan lelaki compound sambil diperhatikan rakan sepasukan, M. Khambeswaran (kiri) dan Muhammad Juwaidi Mazuki sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Clark Parade Ground, Clark. NSTP/Aizuddin Saad

Kejayaan itu sekurang-kurangnya menyelamatkan maruah kem memanah negara yang bergelut dengan prestasi tidak menjadi dalam temasya edisi ke-30 ini selepas empat hari suram tanpa pingat emas.

Mereka turut berpeluang menambah satu lagi pingat emas pada petang ini menerusi acara terakhir compound individu wanita apabila Fatin Nurfatehah Mat Salleh layak ke final.

Malaysia menguasai sukan memanah sejak dua edisi lalu masing-masing dengan lima pingat emas pada edisi 2015 Singapura dan 2017 Kuala Lumpur.

Berita Harian X