Isnin, 9 Disember 2019 | 3:24pm
DR Yew Weng Kean mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi atlet eSports Malaysia pertama yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2019. - Foto BERNAMA

Profesor menang emas eSports

MANILA: Dr Yew Weng Kean mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi atlet eSports Malaysia pertama yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2019.

Dia yang bergelar Profesor Madya dalam bidang tenaga mengakui kejayaan menewaskan wakil Thailand, Popan Werit 3-1 dalam acara Hearthstone bukan mudah terutama selepas ketinggalan pada set pertama.

DR Yew Weng Kean ketika menentang pemain Thailand, Popan Werit dalam acara Hearthstone. - Foto BERNAMA

Namun, dalam set berikutnya, dia bangkit untuk memenangi pertarungan akhir itu.

"Sebenarnya pada Sukan Sea kali ini, perjalanan saya bukan mudah. Saya ketinggalan pada awalnya tetapi saya bangkit daripada kekalahan itu sehingga dapat pingat emas," katanya.

Wee Kean berkata, beliau berterima kasih di atas sokongan semua pihak dan berpuas hati dengan tahap permainannya.

"Saya gembira dapat mewakili dan menyumbang emas buat negara. Saya ucapkan terima kasih dengan peluang ini dan saya berpuas hati dengan persembahan saya," katanya.

Berita Harian X