Isnin, 9 Disember 2019 | 8:19pm
ATLET renang negara, Phee Jing En meraih pingat emas dalam acara 100 meter kuak dada wanita di Pusat Akuatik New Clark City, Clark. - Foto ihsan Majlis Sukan Negara

Jinq En raih emas kedua di kolam renang

CLARK: Phee Jinq En terus menggegar Pusat Akuatik New Clark City apabila memenangi pingat emas kedua menerusi acara 100 meter kuak dada dengan rekod baru Sukan SEA iaitu 1:08.50 saat (s).

Jinq En menewaskan Christie Chue dari Singapura yang mencatat masa 1:09.06s untuk meraih perak manakala gangsa milik Nisha Kijkanakorn dari Thailand dengan catatan 1:10.70s.

Ia adalah emas kedua dimenangi Jinq En selepas memenangi acara 50 meter kuak dada sebelum ini.

Berita Harian X