Selasa, 10 Disember 2019 | 8:42pm
SKUAD hoki wanita dalam dewan negara kendalian Jurulatih Dharma Raj Abdullah berjaya menumpaskan Thailand dalam perlawanan akhir melalui pukulan penalti 2-0 selepas terikat 1-1 di Centtro Mall & Conversation Centre. - Foto Ihsan Majlis Sukan Negara

Dhaarma bukti 'sentuhannya' masih berbisa

CLARK: Dhaarma Raj Abdullah terus membuktikan sentuhan magisnya apabila berjaya membimbing skuad hoki dalam dewan wanita negara memenangi pingat emas di Sukan SEA hanya dalam tempoh dua bulan.

Khidmat jurulatih hoki padang berusia 50 tahun itu ditagih sejak September lalu berikutan Malaysia amat mengimpikan emas pertama dalam acara berkenaan selepas hanya memenangi gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Dalam aksi mendebarkan itu, Malaysia berjaya mengikat Thailand 1-1 dalam aksi sebenar sebelum menewaskan juara bertahan itu 2-0 menerusi penentuan penalti.

Pasukan lelaki Malaysia turut memenangi emas apabila berjaya menumpaskan Thailand 3-1.

Dhaarma Raj Abdullah. - Foto Owee Ah Chun

Thailand terlebih dulu mendahului aksi menerusi jaringan Tikhampton Sakulpithak pada minit ke-15, namun Qasidah Najwa Halimi menyamakan kedudukan pada minit ke-32 untuk mengheret perlawanan penentuan penalti.

Acara hoki dalam dewan kali pertama dipertandingkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang mana menyaksikan pasukan lelaki negara meraih pingat emas.

"Semua pemain saya adalah pemain hoki padang manakala Thailand memang sepenuhnya beraksi hoki dalam dewan.

"Banyak perkara yang masih perlu dipelajari mereka, terutamanya bagaimana untuk membiasakan diri. Saya amat bangga dengan mereka kerana hanya dalam tempoh singkat melakukannya," kata Dhaarma.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X