Selasa, 14 Januari 2020 | 9:54pm
TIMBALAN Presiden MGF, Kau Git Kaur. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

MGF gantung Git Kaur

KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) menggantung Timbalan Presidennya, Kau Git Kaur yang turut ditahan polis dalam satu serbuan di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Presiden MGF, Rachel Lau mengesahkan yang jawatankuasa disiplin badan induk itu sudah memutuskan tindakan penggantungan berkenaan terhadap Git Kaur pada malam Isnin lalu secara serta merta.

"Jawatankuasa disiplin MGF membuat keputusan menggantungnya berdasarkan klausa 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3 and 12.2 perlembagaan MGF yang mempunyai hubungkait dengan disiplin dan pemecatan ahli," kata Rachel.

"Kami akan mengikuti prosedur sepatutnya dan segala tindakan susulan adalah berdasarkan hasil siasatan pihak polis.

“Dia juga diberi surat tunjuk sebab yang harus dibalasnya dalam tempoh 14 hari."

Dalam serbuan berkenaan, seramai 17 individu yang merangkumi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – termasuk enam wanita - ditahan polis di sebuah premis berikutan aduan bunyi bising oleh orang awam.

Berita Harian X