Jumaat, 7 Februari 2020 | 12:23pm
Pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov (dua dari kanan) membolot tiga jersi yang ditawarkan iaitu Jersi Kuning PETRONAS (pendahulu keseluruhan), Jersi Hijau PETRONAS (raja pecut) dan Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) manakala Jersi Merah (raja bukit) milik pelumba Bardiani CSF Faizane Cycling Team, Matteo Pelucchi pada PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Kuching, Sarawak. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Fedorov ungguli Peringkat 1 LTdL 2020

KUCHING: Pelumba Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov muncul pemenang Peringkat 1 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Kuching, Sarawak dengan catatan masa 1 jam 51 minit 01 saat, sebentar tadi.

Thurakit Boonratana dari pasukan Thailand Continental Cycling Team muncul kedua (+0.03s) manakala Ahmet Orken (Team Sapura Cycling) melengkapkan pentas podium dengan catatan, 1:52.18s.

Peringkat 1 sejauh 85. 6 kilometer (km) itu turut menyaksikan Fedorov menyarung tiga jersi utama, PETRONAS Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), PETRONAS Jersi Hijau (pecut) dan putih (pelumba terbaik Asia).

#PETRONASLTDL2020 #PengejarImpian

Berita Harian X