Jumaat, 7 Februari 2020 | 12:48pm
PELANCARAN Pra Janamanjung Felowship Ride Manjung oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bersama-sama tetamu VIP yang hadir di Ibu Pejabat TNB. Foto NSTP
PELANCARAN Pra Janamanjung Felowship Ride Manjung oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bersama-sama tetamu VIP yang hadir di Ibu Pejabat TNB. Foto NSTP

1,500 peserta JMFR bakal gegar Manjung

KUALA LUMPUR: Acara berbasikal TNB Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) kembali untuk edisi ke-13 pada 29 Mac depan dengan 1,500 peserta dijangka mengambil bahagian.

Edisi kali ini yang turut bersempena ulang tahun ke-70 Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menyaksikan peserta berkayuh sejauh 100 kilometer bermula dan berakhir di Teluk Batik.

Kehangatan dan kemeriahan jelajah berbasikal itu semakin terasa dengan berlangsungnya majlis pra-pelancarannya yang disempurnakan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di Ibu Pejabat TNB Bangsar, hari ini.

TAKLIMAT oleh Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Datuk Shamsul Ahmad (4 dari kanan) ketika Pelancaran Pra Jannamanjung Felowship Ride Manjung di Ibu Pejabat TNB. NSTP/Amirudin Sahib.
TAKLIMAT oleh Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Datuk Shamsul Ahmad (4 dari kanan) ketika Pelancaran Pra Jannamanjung Felowship Ride Manjung di Ibu Pejabat TNB. NSTP/Amirudin Sahib.

PELANCARAN Pra Janamanjung Felowship Ride Manjung oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (4 dari kiri) dan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (6 dari kiri) bersama-sama tetamu VIP yang hadir di Ibu Pejabat TNB. NSTP/Amirudin Sahib.

TETAMU VIP yang hadir bergambar bersama ketika Pelancaran Pra Janamanjung Felowship Ride 2020 di Ibu Pejabat TNB, Bangsar. Foto NSTP
TETAMU VIP yang hadir bergambar bersama ketika Pelancaran Pra Janamanjung Felowship Ride 2020 di Ibu Pejabat TNB, Bangsar. Foto NSTP

ANTARA peserta yang hadir bergambar bersama bekas pelumba basikal negara, Josiah Ng (tengah) pada majlis pra-pelancaran Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2020 di Ibu Pejabat TNB, Bangsar. Foto NSTP
ANTARA peserta yang hadir bergambar bersama bekas pelumba basikal negara, Josiah Ng (tengah) pada majlis pra-pelancaran Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) 2020 di Ibu Pejabat TNB, Bangsar. Foto NSTP

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF), Toh Puan Dato’ Seri Dr Hajjah Aishah Ong selain Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Penjanaan Ir. Roslan Abdul Rahman.

Roslan, berkata komitmen berterusan TNB dalam pengganjuran JMFR bertujuan membantu usaha kerajaan negeri Perak mempromosikan Manjung sebagai destinasi pelancongan menerusi penyertaan peserta dari dalam dan luar negara.

“TNB berbangga untuk mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup sihat, sesuai dengan tema Cycling for Positive Energy,” katanya.

Penganjuran JMFR tahun ini turut menyaksikan kerjasama strategik antara TNB dengan IJNF.

“Setiap RM10 daripada yuran penyertaan akan disumbangkan ke tabung IJNF dan TNB akan menyumbang jumlah yang sama,” kata Roslan.

Berita Harian X