X
Selasa, 11 Februari 2020 | 4:37pm
 Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh (tengah) memenangi Peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh. Harrif menamatkan perlumbaan sejauh 165.8 kilometer (km) itu dengan catatan penamat beramai-ramai, tiga jam 39 minit 42 saat. Tempat kedua adalah pelumba NTT Cycling Team, Max Walscheid manakala tempat ketiga Matteo Pelucchi (Bardiani CSF Faizane). - Foto Luqman Hakim Zubir

Harrif juara Peringkat 5 LTdL

IPOH: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh memenangi Peringkat 5 PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebentar tadi.

Harrif menamatkan perlumbaan sejauh 165.8 kilometer (km) itu menerusi pecutan penamat beramai-ramai dengan masa 3 jam 39 minit 42 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba NTT Cycling Team, Max Walscheid manakala Matteo Pelucchi (Bardiani CSF Faizane) melengkapkan pentas podium.

Berita Harian X