Jumaat, 14 Februari 2020 | 7:12pm
Max Walscheid memenangi perlumbaan kemuncak PETRONAS LTdL 2020 di Langkawi hari ini. Tempat kedua menjadi milik Luca Pacioni (kiri) manakala Taj Jones (kanan) di tempat ketiga. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Walscheid (tengah) menamatkan saingan secara penamat beramai-ramai dengan catatan dua jam 29 minit 08 saat. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Walscheid tawan Langkawi

LANGKAWI: Pelumba NTT Pro Cycling Team, Max Walscheid memenangi perlumbaan kemuncak PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di sini, hari ini.

Perlumbaan Peringkat 8 sejauh 108.5 kilometer (km) itu menyaksikan Walscheid menamatkan saingan secara penamat beramai-ramai dengan catatan dua jam 29 minit 08 saat.

Tempat kedua menjadi milik Luca Pacioni dari pasukan Androni Giocattoli Sidermec manakala Taj Jones (Ara Pro Racing Sunshine Coast) melengkapkan pentas podium di tempat ketiga.

Edisi ke-25 ini juga menyaksikan kecemerlangan pasukan Team Sapura Cycling yang merangkul dua jersi dipertandingkan - jersi kuning PETRONAS (keseluruhan) menerusi pelumbanya Danilo Celano manakala jersi merah (Raja Bukit) dimiliki Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.

Jersi hijau PETRONAS (Raja Pecut) dimiliki Walscheid manakala jersi putih (pelumba terbaik Asia) diraih Yevgeniy Fedorov dari pasukan Vino Astana Motors.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X