Khamis, 26 March 2020 | 11:45am

Sukan Olimpik Tokyo 2020 mungkin lebih awal

Subhead Presiden Jawatankuasa Olimpik (IOC), Thomas Bach ramal Sukan Olimpik 2020 boleh berlangsung lebih awal daripada musim panas 2021

 

 

ATHENS: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menjelaskan penjadualan semula Sukan Olimpik Tokyo 2020 berdepan banyak ‘masalah’ logistik dan kewangan namun ia boleh dilangsungkan sebelum musim panas 2021.

 

 

Walaupun ramai menjangkakan temasya itu akan dilangsungkan sekitar Julai-Ogos seperti tarikh asalnya namun Presiden IOC, Thomas Bach berkata ia mungkin boleh berlangsung lebih awal.

 

 

“Persetujuan kita adalah untuk menganjurkan temasya ini selewat lewatnya pada musim panas 2021,” kata Bach.

 

 

“Namun ini tidak bermakna ia perlu diadakan pada musim panas dan kita ada banyak pilihan. Musim panas 2021 adalah salah satu daripadanya.”

 

 

Terdahulu, IOC bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 susulan penularan wabak coronavirus.

 

 

Ia menjadi acara sukan terbesar tahun 2020 yang terakhir dibatalkan namun persoalan timbul selepas penangguhan itu mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

 

 

Majoriti atlet lega dengan keputusan itu selepas sesi latihan mereka terjejas namun ia memberi tamparan hebat kepada Jepun yang melabur US$12 billion (RM53 billion) bagi temasya terbabit.

 

 

-Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X