Ahad, 24 Mei 2020 | 4:16pm
Penerjun negara, Ooi Tze Liang. - Foto Aizuddin Saad
Penerjun negara, Ooi Tze Liang. - Foto Aizuddin Saad

Tze Liang rindu detik sambut Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Ooi Tze Liang 'merindui' detik meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakannya dengan sambutan kali ini disifatkan begitu berbeza susulan pandemik COVID-19.

Begitupun, Tze Liang yang pernah meraih dua pingat perak di Sukan Asia di Guangzhou, China 2010 dan Incheon, Korea Selatan (2014) berkata, detik hubungan erat itu masih boleh dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan adanya kemudahan teknologi.

"Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin," katanya dalam entrinya di akaun Facebook.

"Saya merindui sambutan sebelum ini apabila saya boleh beraya bersama rakan-rakan di rumah terbuka. Selepas itu kami melepak bersama dan meneruskan aktiviti berkunjung ini.

"Tahun ini, sambutan hari raya jelas berbeza. Namun, saya bersyukur yang kami masih boleh berhubung antara satu sama lain dan bersama menerusi dalam talian!. Saya berharap semuanya dapat meraikan hari raya dengan selamat, gembira dan kekal sihat. Selamat hari raya!."

Untuk rekod, Tze Liang pernah muncul selaku penerjun ketiga yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016 selepas memenangi pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal di Piala Sukan Terjun Asia.

Berita Harian X