Ahad, 24 Mei 2020 | 4:55pm
Conor McGregor. - Foto AFP
Conor McGregor. - Foto AFP

Saya kedua terbaik MMA sepanjang zaman - McGregor

LONDON: Conor McGregor mengisytiharkan dirinya sebagai pesaing kedua terbaik MMA sepanjang zaman, di belakang Anderson Silva.

Beliau yang berusia 31 tahun itu mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam akaun Twitter miliknya berkemungkinan untuk 'menyakitkan hati' Silva namun berkata, dia dengan 'mudah' dapat mengatasi pesaingnya dari Brazil itu sebelum bersara.

Kali terakhir McGregor memasuki gelanggang adalah pada Januari lalu, menewaskan Donald Cerrone dalam pertarungan UFC 246.

"Rekod penamat, melepasi dua divisyen, dengan status juara dalam 1. Anderson Silva adalah nombor satu 'dewa' MMA," kata McGregor.

McGregor yang mempunyai rekod 22-4 dalam saingan UFC, mendakwa 'status juaranya' dalam dua divisyen – featherweight dan lightweight – sudah memadai untuk menjamin tempat kedua di belakang bekas juara middleweight, Silva.

"Rekod penamat saya melepasi 3 divisyen, dengan status juara dalam 2, saya adalah nombor dua. Sekiranya tidak, salah satu terikat.

"Namun, saya masih aktif, nombor satu dijamin sehingga penamat karier. Dan ia semudah itu."

– AGENSI

Berita Harian X