Ahad, 17 September 2017 | 12:09am
SEBASTIAN Vettel ketika beraksi di Litar kelayakan Grand Prix Singapura. - Foto EPA

Vettel sambar petak utama GP Singapura

SINGAPURA: Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menyambar petak utama kelayakan Grand Prix Singapura, sebentar tadi dalam misinya merampas semula takhta teratas Formula Satu (F1) daripada Lewis Hamilton.

Hamilton, yang mendahului pelumba Jerman itu dengan kelebihan tiga mata, hanya bermula di petak kelima untuk perlumbaan sebelah malam itu di sisi rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas di petak keenam.

Pelumba berbakat Belanda, Max Verstappen akan memulakan saingan malam nanti di petak kedua buat Red Bull, selepas menguasai dua sesi kelayakan pertama.

Rakan sepasukan Daniel Ricciardo pula ketiga dengan seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen keempat.

Vettel, yang terdahulu tunduk kepada Hamilton di Itali, adalah pemenang empat kali di Singapura dan petak utama berkenaan adalah keempatnya di ibu kota singa itu selain yang ke-49 sepanjang kariernya. - REUTERS

Berita Harian X