Ahad, 22 Oktober 2017 | 1:05pm
PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan GP Australia di tangga ke-16 di Litar Phillip Island, sebentar tadi. - Foto AFP

Hafizh hapus badi Phillip Island

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di tangga ke-16, satu pencapaian yang menyamai keputusan diraih pada musim 2015 di Litar Phillip Island, sebentar tadi.

Sejak pembabitannya secara musim penuh tiga musim lalu, pelumba PETRONAS Raceline itu hanya sekali menamatkan perlumbaan di Australia dan dua daripadanya menyaksikan dirinya tidak menamatkan saingan.

Dan kali ini, Hafizh berjaya menamatkan badi itu tatkala Jumaat lalu secara rasminya disahkan bakal meninggalkan pasukan PETRONAS Raceline selepas 10 tahun bersama.

Hafizh yang bermula dari petak ke-23 menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 00.831 saat tatkala Miguel Oliveira dari pasukan Red Bull KTM Ajo muncul juara. Rakan sepasukan pelumba dari Portugal itu, Brad Binder menamatkan saingan di tangga kedua dengan catatan 39'28.894s.

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang bermula dari petak ke-23 menamatkan perlumbaan GP Australia di tangga ke-16 di Litar Phillip Island, sebentar tadi. - Foto AFP

Minggu lalu, Hafizh meraih penamat podium kedua untuk musim ini di GP Jepun selepas meraih kemenangan di tangga kedua di San Marino.

Hafizh dikatakan bakal menyertai pasukan SIC Racing Team dalam saingan Moto2 yang bakal mempunyai hubungan kerjasama dengan PETRONAS Sprinta Racing musim depan dan pengumuman rasmi dijangka diumumkan, Selasa ini.

KEPUTUSAN Moto2

1. Miguel Oliveira Red Bull KTM Ajo 39'25.920s

2. Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) +2.974s

3. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) +3.846s

4. Jesko Raffin (Garage Plus Interwetten) +7.348s

5. Xavi Vierge (Tech 3 Racing) +7.403s

6. Alex Marquez (EG 0,0 Marc VDS) +12.125s

7. Simone Corso (Speed Up Racing) +12.217s

8. Dominique Aegerter (Kiefer Racing) +12.244s

9. Sandro Cortese (Dynavolt Intact GP) +12.475s

10. Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) +12.605s

11. Axel Pons (RW Racing GP) +12.971s

12. Francesco Bagnaia (SKY Racing Team VR46) +20.887s

13.Stefano Manzi (SKY Racing Team VR46) +28.821s

14. Lorenzo Baldassarri (Forward Racing Team) +31.214s

15. Remy Gardner (Tech 3 Racing) +34.678s

16. HAFIZH SYAHRIN (Petronas Raceline Malaysia) +34.911s

17. Augusto Fernandez (Speed Up Racing) +35.694s

18. Tetsuta Nagashima (Teluru SAG Team) +56.487s

19. Isaac Vinales (BE-A-VIP SAG Team) +56.528s

20. Iker Lecuona (Garage Plus Interwetten) +56.550s

21. KHAIRUL IDHAM PAWI (IDEMITSU Honda Team Asia) +57.548s

22.Tarran Mackenzie (Kiefer Racing) +1'01.191s

23.Luca Marini (Forward Racing Team) +1'39.824s

Berita Harian X