Ahad, 29 Oktober 2017 | 2:44pm
AKSI pelumba Moto2 PETRONAS raceline, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di tempat keenam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. - Foto Osman Adnan

Hafizh sekadar tempat keenam

SEPANG: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di tempat keenam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Bermula di petak ke-11, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu dilihat mampu menempatkan dirinya dalam kelompok depan dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penamat terbaik apabila beraksi agresif pada dua pusingan terakhir.

Dengan penamat keenam itu, Hafizh yang bakal beraksi bersama pasukan baru, PETRONAS Sprinta Racing musim depan, meraih 10 mata berharga.

Perlumbaan dimenangi oleh Miguel Oliveira dari Red Bull KTM Ajo dengan rakan sepasukannya, Brad Binder kedua.

Franco Morbidelli dari Marc VDS yang sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia sebelum bermulanya perlumbaan selepas pencabar utama, Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) disahkan tidak cergas untuk turun berlumba berikutan terjatuh pada sesi kelayakan semalam, meraih tempat ketiga.

Berita Harian X