Ahad, 14 Oktober 2018 | 8:31pm
TRIO negara Jazeman Jaafar (tengah), Nabil Jeffri (kanan) dan Weiron Tan meraih kemenangan sulung pada Perlumbaan Enam Jam Fuji dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC), sebentar tadi.
TRIO negara Jazeman Jaafar (tengah), Nabil Jeffri (kanan) dan Weiron Tan meraih kemenangan sulung pada Perlumbaan Enam Jam Fuji dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC), sebentar tadi.

Trio negara buat kejutan di Fuji

KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara semalam disambut dengan kemenangan oleh trio negara apabila mereka mencipta sejarah pada Perlumbaan Enam Jam Fuji dalam Kejuaraan Endurance Dunia (WEC), sebentar tadi.

Gandingan Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Weiron Tan meraih kemenangan sulung mereka sejak mula digabungkan menyertai pasukan Jackie Chan DC Racing, April lalu.

Trio yang berada dalam Program Pembangunan Bakat Permotoran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu mengungguli saingan dalam Kelas LMP2 selepas bermula dari petak kedua di belakang pasukan Dragonspeed.

Menamatkan saingan di belakang mereka adalah rakan sepasukan yang mengendali jentera bernombor 38 yang dipandu Ho Pin Tung, Gabriel Auby dan Stephane Richelmi.

Melengkapkan pentas podium di tangga ketiga adalah pasukan Signatech Alpine Matmut yang diwakili Nicolas Lapierre, Pierre Thiriet dan Andre Negrao.

Dalam kedudukan keseluruhan, jentera dikemudi tiga pemandu negara itu kini berada di tangga ketiga, berkongsi 86 mata dengan rakan sepasukan mereka manakala Signatech Alpine Matmut mendahului saingan dengan 87 mata.

Perlumbaan selepas ini akan diadakan di Shanghai yang juga laman sendiri buat pasukan itu, pertengahan bulan depan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X