Jumaat, 1 March 2019 | 12:31am
Pemandu F1 Ferrari, Charles Leclerc sewaktu memandu uji di Litar de Catalunya, Sepanyol malam ini. - Foto REUTERS
Pemandu F1 Ferrari, Charles Leclerc sewaktu memandu uji di Litar de Catalunya, Sepanyol malam ini. - Foto REUTERS

Leclerc catat masa terpantas ujian F1

BARCELONA: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mencatat masa sepusingan terpantas dalam pramusim Formula Satu (F1) di Circuit de Catalunya, malam ini.

Pemandu muda Monaco itu melakukan 1 minit 16.231 saat pada sebelah pagi dalam cuaca panas sekitar 21 darjah Celsius menggunakan tayar lembut C5.

Catatan berkenaan hampir dengan kepantasan kedudukan petak pendahulu Grand Prix Sepanyol 2018 dengan masa 1:16.173 dibuat Lewis Hamilton bersama Mercedes dan memberikan khabar gembira buat Ferrari selepas Sebastian Vettel kemalangan semalam.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas menyatakan apa dirasakan minggu lalu bahawa Ferrari masih di depan Mercedes serta Red Bull.

“Keseluruhan pasukan tampak lebih mencabar berbanding tahun lalu atau tahun sebelum itu, tetapi itu hanya anggaran,” kata pemandu Finland itu. “Anda tidak akan tahu apa yang mereka bawa ke Melbourne.”

Perlumbaan pembuka tirai akan berlangsung di Australia pada 17 Mac. - Reuters

Berita Harian X