Khamis, 14 March 2019 | 11:52am
GAMBAR fail, Pengarang Perlumbaan F1, mendiang Charlie Whiting. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, Pengarang Perlumbaan F1, mendiang Charlie Whiting. - Foto REUTERS

F1 hilang Charlie Whiting

MELBOURNE: Pengarah Perlumbaan Formula Satu (F1) yang sudah lama berkhidmat Charlie Whiting meninggal dunia di sini, hanya beberapa hari sebelum Grand Prix pertama bagi musim 2019 membuka tirainya.

Badan induk sukan permotoran empat roda, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam satu kenyataan berkata, Whiting, 66, yang sudah berkhidmat sejak 1997 mengalami masalah embolisme paru-paru.

"Ia adalah satu kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian Charlie," kata presiden FIA, Jean Todt dalam kenyataan itu. - AFP

Berita Harian X